• Quality Management and Enhancement Centre (QMEC)
  • qmec@um.edu.my

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ)


 

1. Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Pengurus Kualiti  (Quality Manager, QM) PTj?
 

Peranan Dan Tanggungjawab Pengurus Kualiti PTj:

  • Menghadiri Mesyuarat secara berkala dengan Wakil Pengurusan serta sebarang taklimat / latihan yang dikenal pasti oleh Wakil Pengurusan.
  • Membantu Ketua PTj dalam pelaksanaan dan pemantauan SPK UM di PTj.
  • Merancang, membantu dan menasihati Ketua PTj dalam pelaksanaan sebarang ketetapan yang telah dipersetujui pada mesyuarat berkala Pengurus Kualiti dengan Wakil Pengurusan.
  • Membantu Ketua PTj dalam persediaan sebarang proses audit, pengutipan dan analisis data Objektif Kualiti PTj masing-masing.
  • Melaksanakan tindakan susulan dan memantau keberkesanan tindakan pembetulan dan pencegahan di PTj masing-masing.
  • Memaklumkan kepada PTj perkembangan serta hal berkaitan dengan SPK UM dalam Mesyuarat Pengurusan PTj di PTj masing-masing.
  • Memberi laporan (jika diperlukan) bagi pihak PTj mengenai pelbagai hal berkaitan dengan status SPK UM peringkat PTj kepada Wakil Pengurusan.
  • Sebagai Panel Penilai Projek Penambahbaikan Berterusan dalam tempoh keahlian  sebagai Pengurus Kualiti PTj.
2. Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Pengawal Dokumen (Document Controller, DC) PTj?
 

Peranan Dan Tanggungjawab Pengawal Dokumen PTj:

  • Membantu Pengurus Kualiti dalam pelaksanaan SPK UM di PTj masing-masing.
  • Memastikan Dokumen Kualiti (cetakan dan elektronik) adalah terkawal, dengan memastikan bahawa semakan dokumen yang terkini saja digunakan oleh PTj.
  • Menjejak pergerakan Dokumen Kualiti.
  • Melaporkan sebarang ketakakuran dalam prosedur kawalan dokumen kepada Pengurus Kualiti PTj untuk tindakan.
  • Membantu Pengurus Kualiti dalam pemantauan status rekod kualiti di PTj.
  • Memaklumkan kepada Pengurus Kualiti sebarang keperluan semakan pada Dokumen Kualiti.
3. Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Ketua Pasukan Auditor PTj?
 

Peranan Dan Tanggungjawab Ketua Pasukan Auditor PTj:

  • Merancang kaedah audit.
  • Menetapkan objektif dan skop audit.
  • Membuat laporan kepada Ketua PTj dan disalinkan kepada QMEC.
  • Memastikan PTj bersedia untuk diaudit dengan memantau semua rekod dan dokumen yang diperlukan wujud.
  • Melakukan audit di PTj sekurang-kurangnya 1 kali setahun (di antara Audit Dalaman UM).
  • Bekerjasama dengan Pengurus Kualiti untuk memantau dan mencapai Objektif Kualiti yang telah ditetapkan dalam Manual Kualiti.
4 . Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Auditor PTj?
 

Peranan Dan Tanggungjawab Auditor PTj:

  • Memastikan PTj bersedia untuk diaudit dengan memantau semua rekod dan dokumen yang diperlukan wujud.
  • Melakukan audit di PTj sekurang-kurangnya 1 kali setahun (di antara Audit Dalaman UM).
  • Bekerjasama dengan Pengurus Kualiti untuk memantau dan mencapai Objektif Kualiti yang telah ditetapkan dalam Manual Kualiti.

Last Update: 08/11/2022