FAQs
1 . Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Pengurus Kualiti PTj?

Peranan Dan Tanggungjawab Pengurus Kualiti PTj:

  1. Menghadiri Mesyuarat bulanan dengan Wakil Pengurusan serta sebarang taklimat / latihan yang dikenal pasti oleh Wakil Pengurusan.
     
  2. Membantu Ketua PTj dalam pelaksanaan dan pemantauan SPK UM di PTj.
     
  3. Merancang, membantu dan menasihati Ketua PTj dalam pelaksanaan sebarang ketetapan yang telah dipersetujui pada mesyuarat bulanan Pengurus Kualiti dengan Wakil Pengurusan.
     
  4. Membantu Ketua PTj dalam persediaan sebarang proses audit, pengutipan dan analisis data Objektif Kualiti PTj masing-masing.
     
  5. Melaksanakan tindakan susulan dan memantau keberkesanan tindakan pembetulan dan pencegahan di PTj masing-masing.
     
  6. Memaklumkan kepada PTj perkembangan serta hal berkaitan dengan SPK UM dalam Mesyuarat Pengurusan PTj di PTj masing-masing.
     
  7. Memberi laporan (jika diperlukan) bagi pihak PTj mengenai pelbagai hal berkaitan dengan status SPK UM peringkat PTj kepada Wakil Pengurusan.
 
2 . Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Pengawal Dokumen PTj?
Peranan Dan Tanggungjawab Pengawal Dokumen PTj:
  1. Membantu Pengurus Kualiti dalam pelaksanaan SPK UM di PTj masing-masing.
     
  2. Memastikan Dokumen Kualiti (cetakan dan elektronik) adalah terkawal, dengan memastikan bahawa semakan dokumen yang terkini saja digunakan oleh PTj dan sebarang dokumen kualiti usang dihantar ke QAMU untuk pelupusan.
     
  3. Menjejak pergerakan Dokumen Kualiti.
     
  4. Melaporkan sebarang ketakakuran dalam prosedur kawalan dokumen kepada Pengurus Kualiti PTj untuk tindakan.
     
  5. Membantu Pengurus Kualiti dalam pemantauan status rekod kualiti di PTj.
     
  6. Memaklumkan kepada Wakil Pengurusan sebarang keperluan semakan pada Dokumen Kualiti.
 
3 . Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Ketua Pasukan Auditor PTj?
Peranan Dan Tanggungjawab Ketua Pasukan Auditor PTj:
  • Merancang kaedah audit
     
  • Menetapkan objektif dan skop audit
     
  • Membuat laporan kepada Ketua PTj dan disalinkan kepada QMEC.
     
  • Memastikan PTj bersedia untuk diaudit dengan memantau semua rekod dan dokumen yang diperlukan wujud.
     
  • Melakukan audit di PTj sekurang-kurangnya 2 kali setahun (di antara Audit Dalaman UM).
     
  • Bekerjasama dengan Pengurus Kualiti untuk memantau dan mencapai Objektif Kualiti yang telah ditetapkan dalam Manual Kualiti
     
 
4 . Apakah Peranan Dan Tanggungjawab Auditor PTj?
Peranan Dan Tanggungjawab Auditor PTj:
  • Memastikan PTj bersedia untuk diaudit dengan memantau semua rekod dan dokumen yang diperlukan wujud.
     
  • Melakukan audit di PTj sekurang-kurangnya 2 kali setahun (di antara Audit Dalaman UM).
     
  • Bekerjasama dengan Pengurus Kualiti untuk memantau dan mencapai Objektif Kualiti yang telah ditetapkan dalam Manual Kualiti